Ads

Cahaya Mata dari Ilahi

Mama dan Uzair


6 month Uzair










Kisah anakku Uzair ini aku tujukan pada semua pasangan yang baru berkahwin dan pasangan yang sedang merancang membina keluarga. Kisah ini bermula pada November 2007. Aku dan isteriku cukup teruja apabila isteriku memberitahu dia sudah hampir 2 bulan tidak datang haid. Detik hatiku " Isteriku mengandung?" Alhamdulillah, inilah yang ku tunggu-tunggu sejak aku dan isteriku selamat diijabkabulkan pada Ogos 2007. Keguguran pertama amat sukar ditelan. Gumpalan darah yang seakan janin keluar dari .... isteriku sewaktu dia cuba membuang air besar. Agak lama juga dia di dalam tandas, akhirnya aku dikejutkan dengan jeritan isteriku dan tangisan yang kuat. Aku bergegas mendapatkan dia di tandas. Apa yang aku takuti berlaku jua. Kesian anakku, sedih aku melihatnya, aku mengambil gumpalan darah yang berusia 6 minggu itu dengan perasaan sedih lalu ku bawa isteri dan janin kami tadi ke hospital. Doktor mengesahkan ia adalah janin.. walaupun belum bernyawa dia adalah darah daging kami. Jururawat mengambil dia daripada kami...sedang aku dalam keadaan serba salah kerana aku seakan tidak senang dengan perlakuan jururawat tadi. Kami pasangan yang baru berkahwin, tiada apa pengalaman tentang janin yang gugur. Apa yang patut dilakukan pada janin tersebut? Jadi akhirnya kami membiarkan anak kami itu diambil jururawat tadi. Waktu itu, fikiranku sudah mula fokus dengan keadaan isteriku. Kami diberitahu bahawa isteriku perlu dicuci (DnC) di Hospital Teluk Intan. Aku berseorangan sahaja. Keluargaku di Johor, manakala keluarga isteriku tidak punya kenderaan sendiri untuk datang membantu. Aku mengikut ambulan ke hospital tersebut. Setelah 2 jam di hospital yang sesak dengan pesakit walaupun pada hari Ahad, akhirnya isteriku diperiksa. Doktor di hospital menyarankan isteriku ditahan di wad untuk tujuan cucian rahim. Dengan tenang doktor memberitahu tujuan dicuci adalah untuk mengelakkan sebarang benda asing di dalam rahim yang boleh mengancam nyawa si ibu. Setelah segalanya selesai, isteriku meminta aku pulang ke rumah kerana kaum adam tidak dibenarkan menunggu diwad wanita. Kami sungguh dukacita, namun tetap bersyukur kepada Allah kerana tiada apa-apa yang buruk terjadi pada isteriku.

Hampir setahun kami berusaha dan menunggu kehamilan kedua, akhirnya pada November 2008, isteriku sekali lagi disahkan hamil. Alhamdulillah, syukur padamu Ilahi, Kau kurniakan pada kami cahayaMu dan Rezeki yang berlimpah-ruah. Kali ini kami cukup berjaga-jaga, tiada lagi perjalanan jarak jauh untuk isteriku, oleh itu aku bertekad aku perlu lebih berkorban untuk isteri dan anakku. Aku mengambil keputusan berpindah 70km dari tempat aku bertugas dan aku yang berulang-alik setiap hari. Bukan tidak pernah cuba memindahkan isteriku ke daerah aku bertugas tatapi terlalu banyak karenah birokrasi dan kurangnya kesedaran tentang kebajikan pekerja dikalangan orang atasan menyebabkan aku tiada pilihan lain. Siapalah kami, cuma guru biasa yang tiada kepentingannya. Namun, jika dilihat secara teliti, produktiviti aku akan berkurangan jadi sekiranya prestasi sekolah tidak mencapai tahap yang dikehendaki, majikanku tidak boleh menyalahkan aku. Salah siapa? Entahlah... aku tidak mahu menuding jari, namun pihak atasan sepatutnya berfikir lebih jauh dan menyedari bahawa ini adalah satu bentuk masalah yang perlu mereka atasi. Memang sepatutnya mereka sedar akan masalah itu, kerana mereka sudah lama bekerja dan masalah ini tentu pernah mereka alami. Sepatutnya jika mereka sedar tidak dapat membantu aku membawa isteriku ke daerah >>>> keluarkan aku dari tugasan yang menyebabkan prestasi sekolah terancam. Satu lagi masalah di sekolah yang tidak diketahui umum, guru kurang mahu bekerjasama terutama sekiranya sesuatu tugas itu sudah diberi kepada orang lain, tapi kerana org itu mempunyai masalah dan mahu menukar tugasan, mereka akan buat tak tahu dan langsung tidak mahu bekerjasama. Bukanlah semua guru tapi kebanyakkanya. Mungkin kerana masing-masing juga ada beban tugas masing-masing tapi bukankah kita satu pasukan, kiranya orang utama mempunyai masalah, mahu atau tidak kita perlu bersama-sama membantu. Akhirnya apa yang terjadi, ialah apabila mengalami kemerosotan prestasi dan acapkali dipantau ketua dan jabatan barulah masing-masing mahu membantu. tapi apakan daya semuanya sudah terlambat, tak guna engkau kesalkan lagi. Lagu nyanyian Shidee terngiang-ngiang di telingaku.

Berbalik pada cerita anakku Uzair, dipendekkan cerita tibalah masa yang dinantikan. Tanggal 31 Julai 2009, aku membawa isteriku ke hospital Sg. Buluh berikutan, doktor di klinik berdekatan rumahku menyatakan isteriku mempunyai masalah hipo atau paras gula dalam darah yang tidak stabil, sekejap tinggi, sekejap rendah, entah tak taulah aku, aku percaya bulat-bulat pada doktor itu, namun apa yang membimbangkan aku pernyataan dia bahawa dia terlupa memberi maklumat tersebut pada doktor pakar di hospital slim river. Akibatnya isteriku perlu mendapatkan khidmat doktor pakar di Hospital sg Buluh. Kami mendaftar pada jam 4.30 petang jumaat itu, isteriku dimasukkan ke wad bersalin dan aku harus menunggu. Aku tidak mahu ke mana-mana, makan dan minum juga tidak ku kisahkan, di lobi wad tersebut aku tak putus-putus berdoa, selamatkanlah ya Allah anak dan isteriku. Jam menunjukkan 7.30 malam, isteriku dibenarkan keluar sebentar setelah diberi induce... katanya dia lapar.. lantas sepantas kelisa..(kereta kelisa hehe) aku membeli makanan yang dihajati isteriku. Kami makan bersama sebentar sebelumisteriku dipanggil semula untuk masuk ke dalam wad, isteriku tidak putus-putus memohon ampun dan maaf serta doa untuk dirinya dan anak dalam kandungannya. Aku cuba menenangkannya walaupun disaat itu aku jua mengalami emosi yang sama. Jam menunjukkan 3.30 pagi, isteriku memberi sms mengatakan sakit yang amat sangat. Aku diluar tidak senang duduk, berkali-kali aku sms isteriku bertanyakan khabar dia & menenangkan dia di dalam. Sms terakhir ialah pada jam 4.30 pagi. Selepas itu tiada balasan. Aku menunggu dengan resah, seorg demi seorg rakan-rakan lain yang sama nasibnya denganku dipanggil melihat isteri mereka melahirkan.. aku bila lagi.. akhirnya oleh kerana kepenatan aku tertidur pd jam 8.30 pagi.. diwaktu tidak sdarka diri itulah pihak hospital berkali-kali menelefon aku. namaku sudah 4 kali dipanggil. Aku tidak sedar langsung. Aku dikejutkan oleh seorg kakak yang musykil kerana acapkali tel bimbitku berdering. Lantas aku terus ke kaunter dan dipanggil masuk. Dgn keadaan diri yg kebas dan kurang dapat berjalan aku bergegas ke dlm wad, di wad aku diminta tunggu di kaunter jururawat, aku diberitahu satu berita yg amat mengejutkan dan membimbangkan aku. Isteriku mengalami masalah melahirkan, berlaku pendarahan yang teruk dan anakku dilahirkan tanpa tangisan dan terjerut tali pusat. Bagaikan mahu luruh jantungku, menggigil seluruh badanku, aku bagaikan mahu rebah kerana mendengar berita itu. Doktor memberitahu isteriku tidak berdaya menolak keluar anakku menyebabkan mereka terpaksa mengunakan teknik forsep menarik keluar anakku dari rahim ibunya. Namun ini menyebabkan rahim isteriku luka teruk. Mereka menjahit luka itu namun darah tetap keluar dari rahim kerana rahim tidak mengecut. Isteriku terus dalam koma kerana kekurangan darah. Doktor meminta aku menandatangani beberapa borang operation. Setelah itu, isteriku dibawa keluar, aku cuba menyedarkan isteriku namun dengan pandangan layu dan terkulai isteriku memandang ku dengan tidak bermaya. Ya Allah... sedih aku melihatnya.. selamatkanlah isteri dan anakku.. Tuhan yang memberi dan mengambil nyawa. Kasihanilah diriku yang sebatang kara di negeri orang ini. Aku diminta jururawat pergi ke wad NICU utk melihat anakku. Sampai di wad itu, aku cuba mencari anakku... hidup ke tidak anakku, jika hidup bisu ke anakku ini kerana tidak menangis? Aku dibantu jururawat di wad tersebut untuk bertemu anakku. Kasihan anakku, seluruh badannya diliputi wayar dan tiub. Hai anakku.. andai ayah dapat menganti seksaanmu pasti ayah akan mengganti dirimu namun ini ujian utk kita bersama nak... kata hatiku... Sejurus itu, doktor hadir dan memberitahuku keadaan yg berlaku pd anakku. Alhamdulillah anakku stabil dan sudah menangis sebaik sahaja dia diberi CPR kecemasan oleh doktor tersebut. Dia lemas kerana terjerut leher. Aduhai anak.. kasihan dirimu nak!!! Namun Allah Maha Kaya memberi nyawa utkmu.. ingatlah pesan ayah anakku... Allah sahajalah Tuhan yg Layak Disembah. Ingatlah pada tika saat hampir kematianmu itu.. Dia menyelamatkanmu dan memberi peluang utkmu hidup di dunia ini dan memberi sinar kehidupan utk ayahmu... Alhamdulillah, syukur padMu ya Allah Tuhan Sekalian Alam. Anakku Muhammad Uzair Shafy selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi. 1 Ogos 2009.

Oleh kerana risaukan isteriku, aku terus ke bilik pembedahan di tingkat 3 tanpa mengazankan anakku. Disana aku menunggu isteriku.. hampir 1 jam aku menunggu aku ke bawah semula untuk mengazankan anakku. Oleh kerana tiada pengalaman merangkul tubuh kecil itu, aku mengazankan anakku di tepi telinganya. Maafkan ayah atas kedaifan dan kecemerkapan ayah nak. Keluargaku dan keluarga mentuaku tiba... berderai airmata apabila melihat mereka tiba di perkarangan bilik operasi. Jam 2.30 petang barulah isteriku keluar daripada bilik operasi namun, dia belum sedarkan diri. Darah masih keluar daripada pembuluh darah isteriku. Doktor terpaksa menggunakan cara terakhir. 50-50% berjaya jika tidak aku harus redha dgn kemungkinan kehilangan isteriku.. Ha... apa??!!!!!! Ya Rabbi... bantulah hambamu... kasihanilah aku ya Allah..... Selamatkanlah isteriku ... sekali lagi aku perlu menandatangani borang. setelah membuat diagnostik akhirnya pada hari Ahad jam 12.30 petang isteriku sedar dari komanya. Maha Suci Engkau Ya Tuhanku.... Namun kesihatannya masih belum stabil. Aku terpaksa berulang alik dari tmpat kerja ke hospital selama 21 hari. Namun apabila melihat isteri dan anakku semakin sihat. Aku redha. Alhamdulillah, semuanya selamat akhirnya.

Namun aku sentiasa terfikir, apakah yg sepatutnya aku buat yg tidak aku dan isteriku buat untuk mengelakkan kemalangan seperti ini. Apabila disemak kronologi dan situasi terdapat beberapa perkara dan inilah pesan aku untuk para suami diluar sana:-
1. Pastikan dengan doktor kaedah apa yang patut isteri kita melahirkan. Isteriku tidak mempunya ketinggian yang cukup utk melahirkan secara normal . Sepatutnya doktor menyarankan cara dibedah tetapi doktor juga menyatakan pembedahan juga mempunyai resikonya tersendiri. Jadi buatlah pilihan berdasarkan ilmu dan tawakkal kepada Allah.
2. Maafkanlah isteri kita dgn sepenuhnya. Beberapa minggu sebelum bersalin, aku dan isteriku bergaduh kerana hal remeh tetapi akibat tekanan daripada menempuh perjalanan jauh ke tmpt bertugas menyebabkan aku menjadi pemarah kerana keletihan dan stress yg memuncak. Walaupun aku sudah memaafkan isteriku, namun kesan pergaduhan masih berbekas dihati & ingatan. Mungkinkah aku ni pendendam? Ya Allah jauhkanlah sifat mazmumah daripada diriku.
3. Nyawa diberi dan diambil oleh tuhan. Utk umat Islam. Ingatlah Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah, Maka berdoalah dan bermohonlah padaNya. Sepanjang kehamilan, adalah 3-4 kali aku bermunajat untuk keselamatan isteri dan anakku. Namun mungkin itu tidak cukup. Mungkin kita perlu buat lebih dari itu.

Renung-Renungkanlah.

Ya Allah, aku hambaMu yg hina dan penuh dgn noda. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah. Aku bersyukur atas nikmat Mu yg tidak terhingga.

About Mohd Uzaini bin Mat Jusoh

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan:

Post a Comment